
PETALING JAYA: Pelakon, Julia Farhana Marin sekali lagi menjadi sorotan dalam kalangan netizen selepas berkongsi fotonya berkemban di media sosial, semalam.
Menerusi sebuah hantaran di Threads, Julia telah memuat naik beberapa kepilan foto dirinya ketika menjalani rawatan kecantikan di sebuah klinik aestetik terkenal.
Lebih mencuri perhatian, pelakon itu bukan sahaja semakin terbuka mendedahkan dirinya tidak lagi mengenakan tudung, malah tampil berani berkongsi gambarnya yang mengenakan tuala yang hanya menutupi bahagian dada dan badannya.
Kurang senang dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen menegur tindakan berani mati aktres itu yang didakwa seolah sengaja mahu meraih perhatian.
“Buang tudung terus seksi. Dapat hidayah terus cari jalan kelam. Mahu jadi apa kat dunia ini?,” tegur seorang netizen.
“Sedih tengok orang Islam sekarang , sudah buka tudung satu hal. Baju dengan seluar pun mahu dibuka juga,” komen seorang lagi netizen.
“Julia, kenapa awak sampai muat naik gambar awak bergambar di hadapan cermin ketika berkemban ini? Awak lebih anggun ketika bertudung dulu tau. Saya malah terpegun dengan cara pemakaian muslimah awak ketika bermain golf sebelum ini,” komen seorang pemilik akaun.
Pada Mei lalu, Julia mencuri tumpuan ramai pada Mei apabila dia dilihat tidak lagi memakai hijab menerusi perkongsian video di media sosial ketika berkunjung ke sebuah salon kecantikan.
Untuk info, Julia mula berhijab pada tahun 2023 selepas mendirikan rumah tangga.
The post Tidak lagi bertudung, Julia Farhana makin seksi? appeared first on Utusan Malaysia.






