
PETALING JAYA – Situasi dalam sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT) bertukar kecoh apabila seekor tikus masuk ke dalam gerabak sebelum melompat ke kaki penumpang pagi tadi.
Menerusi video yang tular di Threads, kelihatan beberapa penumpang cuba mengelak haiwan berkenaan yang bergerak di celah kaki mereka, manakala sebahagian lagi dilihat panik dengan kejadian itu.
Tinjauan di ruang komen mendapati kejadian tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.
“Ini sebabnya orang tak bagi makan minum dalam tren. Boleh menarik haiwan perosak macam ni untuk makan cebisan makanan yang jatuh,” kata Hayyadt.
Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Tiredramisu mengakui mempunyai trauma terhadap tikus dan tidak dapat membayangkan jika berdepan haiwan berkenaan secara dekat.
“Aku dah la trauma dengan tikus. Bunyi dia pun aku dah geli, inikan lagi tengok depan-depan. Memang aku bergayut atas pemegang tu jadi Spiderman,” katanya.
Sementara itu, aksi bertempiaran beberapa pengguna MRT itu turut mengundang geli hati orang ramai apabila tikus itu turut melompat seolah-olah takut apabila terperangkap dalam perkhidmatan tersebut.
“Dari mana mickey mouse itu datang, kasihan dia mesti ketakutan terkejut tiba-tiba dalam tren tidak boleh keluar,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Mana datang ‘mickey mouse’ ini’ appeared first on Kosmo Digital.


![Tular Penumpang Panik Tikus Berlari Dalam Tren MRT, Ini Penjelasan Myrapid KL [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/Tikus-dalam-tren-MRT.jpg?t=1786610898)


![[VIDEO] ‘Entah kenapa LRT bunyi macam geseran kuat’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-13-at-11.12.58-AM-1024x768.jpeg)
