[VIDEO] Exco Johor diarah terus turun padang, tiada ruang 'bulan madu'

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 1:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Exco Johor diarah terus turun padang, tiada ruang 'bulan madu'
Image from: [VIDEO] Exco Johor diarah terus turun padang, tiada ruang 'bulan madu'
Onn Hafiz (tengah) bersama barisan Exco baharu.

JOHOR BAHRU - Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu diingatkan supaya terus melaksanakan tanggungjawab tanpa berlengah, sambil menegaskan tiada istilah 'berbulan madu' dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, semua Exco perlu segera turun padang dan bekerja bagi memastikan mandat yang diberikan rakyat dapat diterjemahkan melalui penyampaian perkhidmatan terbaik serta pelaksanaan agenda pembangunan Johor.

"Saya mengingatkan seluruh barisan Exco bahawa kita tiada masa untuk berbulan madu. Tidak ada percutian bulan madu.

"Mandat besar dan berharga yang diberikan oleh Bangsa Johor perlu diterjemahkan kepada kerja yang lebih kuat, penyampaian yang lebih cekap dan hasil yang dapat dirasai oleh setiap rakyat," katanya selepas Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di Istana Bukit Serene, di sini pada Sabtu

Menurut beliau, kerajaan negeri kini memberi tumpuan untuk memperkukuhkan pelaksanaan agenda Maju Johor 2030 menerusi pentadbiran yang lebih cekap, efektif dan responsif terhadap keperluan rakyat.

Katanya, gabungan Exco berpengalaman dan muka baharu dibentuk bagi memastikan kesinambungan pentadbiran negeri selain membawa idea serta pendekatan baharu dalam mempercepat pelaksanaan dasar kerajaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved