[VIDEO] He so excited! He knows it’s you – Isteri Kapten Zainol

LocalFamily & Parenting
14 Sep 2026 • 12:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] He so excited! He knows it’s you – Isteri Kapten Zainol

PETALING JAYA – “He so excited (Dia sangat teruja)! I know he knows it’s you (Saya tahu dia tahu itu ayahnya).“

Demikian luahan isteri Allahyarham Kapten Zainol Afiq, Izzati Syamimi menerusi hantaran di Threads awal pagi tadi selepas menerima kepulangan jenazah suaminya semalam.

Menerusi hantaran sama, Izzati turut berkongsi video memaparkan anak kedua mereka mengetuk-ngetuk keranda yang membawa jenazah Allahyarham, selain menyelak kain penutup keranda.

Gelagat kanak-kanak itu seolah-olah mengetahui keberadaan bapanya di dalam keranda berkenaan, sekali gus mengundang rasa sebak dalam kalangan pengguna media sosial yang menonton video tersebut.

Izzati dalam hantaran ringkas itu turut menyifatkan anak-anaknya sebagai kuat dalam menghadapi pemergian insan tersayang.

“Anak-anak mommy (ibu) semua kuat,” katanya.

Sebelum ini, Allahyarham Zainol Afiq dilaporkan antara lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter berhampiran hujung landasan STOLport Long Lellang, Selasa lalu.

Nahas turut mengorbankan pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, jururawat, Jessie Paya Jok, 44, dan Debra Moset, 40, serta pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33.

Terdahulu, jenazah Zainol Afiq selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang pada 6.04 petang semalam.

Solat jenazah Allahyarham disempurnakan selepas solat Asar di Masjid Bandar Baru Senawang, yang diimamkan bapanya, Bee Sham Ahmad dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Allahyarham yang merupakan juruterbang helikopter berkenaan pernah dikenali kerana pengalaman menerbangkan pesawat yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

The post [VIDEO] He so excited! He knows it’s you – Isteri Kapten Zainol appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved