(VIDEO) “Holiday Sama-Sama Bilik Asing”- Netizen Tegur Fadlan Hazim Buat TikTok Dengan ‘Girlfriend’ Dalam Satu Bilik

Entertainment
14 Jul 2022 • 3:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Fadlan Hazim sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi kerana disangka membuat tatu di bahagian belah kanan betisnya ketika berkunjung ke Bali, Indonesia.

Kali ini, Fadlan lagi sekali menjadi ‘buah mulut’ netizen apabila satu video TikTok menampilkan dia bersama kekasihnya Aiya Mukhamedsalova menari bersama-sama.

image is not available

Sumber : TikTok 

Apa yang menjadi bualan apabila kedua-dua pasangan itu difahamkan merakam video berkenaan di sebuah bilik hotel ketika bercuti di Penang.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya memakai pelitup muka di dalam video itu, tetapi ramai yang mengetahui identiti pelakon berkenaan berdasarkan susuk tubuh dan bahagian matanya.

Susulan perkara berikut, ada yang menegur tindakan pelakon tersebut duduk bersama dalam satu bilik bersama teman wanita yang dianggap boleh menimbulkan fitnah dan tidak manis dipandang orang.

Selain itu, ada juga netizen yang seakan-akan memerli pelakon itu di ruangan komen video TikTok tersebut.

image is not availableimage is not available

Walau apa pun, mungkin netizen perlu bersangka baik dan tidak cepat menilai seseorang berdasarkan apa yang dilihat.

image is not available 8 bulan lalu

"Saya Nak 'Duduk Lama' Dalam Bidang Ni Lagi" - Fadlan Hazim Akui 'Pasang Badan'