[VIDEO] ‘Hujan berkabus di Bangi, bawa kereta tak nampak jalan’

24 Nov 2026 • 4:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Hujan berkabus di Bangi, bawa kereta tak nampak jalan’

PETALING JAYA – Hujan lebat berserta angin kuat yang melanda sekitar Bangi petang ini, menyebabkan pemandu berdepan masalah jarak penglihatan terhad terutama bagi pengguna di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan ke bandar itu.

Menerusi perkongsian pengguna Threads di sekitar Bangi, mereka memuat naik pelbagai video dan gambar situasi memandu kenderaan ketika hujan lebat tersebut, sehingga ada antara mereka berdepan kesukaran melihat jalan di hadapan.

Dalam masa sama, ada juga berkongsi peringatan bersama supaya berwaspada memandu sewaktu hujan lebat dan angin kuat ketika ini sekali gus bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Uish, tiba-tiba sahaja. Cerah je keluar tol Southville menghala ke Bangi tadi, separuh highway (lebuh raya) terus angin, hujan datang dengan kabus.

“Sekelip mata terus macam ni. Scary (takut) betul. Sampai semua buka lampu. Motor yang kasihan macam nak tumbang. Lalu Bangi pun ranting pokok dah jatuh-jatuh. Hati-hati semua,” menurut hantaran video dimuat naik pengguna Threads May_Mierza.

“Lebat ‘gila’ hujan dekat Bangi, tak nampak apa. Hati-hati bawa kereta, motosikal semua,” kongsi pengguna Threads Shhuwa yang memuat naik video situasi memandu di dalam hujan lebat di Bangi hari ini.

“Warga Bangi hati-hati semua. Ada certain area (sesetengah kawasan) dah naik air dan pokok pun banyak tumbang. Dari Bulatan Seksyen 7 nak ke Seksyen 15 ada pokok tumbang. Dekat kawasan SK Jalan 2 pun pokok tumbang, dekat kawasan kilang pun sama, bawah jambatan nak ke IPG Bangi dah naik air,” kongsi pengguna Threads Ps2h_my yang memuat naik video dan gambar. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Hujan berkabus di Bangi, bawa kereta tak nampak jalan’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved