[VIDEO] Hujan lebat, Taman Sri Muda mula dinaiki air

LocalEnvironment
24 Nov 2026 • 3:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Hujan lebat, Taman Sri Muda mula dinaiki air

PETALING JAYA – Hujan lebat yang melanda Taman Sri Muda, Shah Alam petang ini mengakibatkan beberapa laluan di kawasan berkenaan mula dinaiki air.

Menerusi perkongsian beberapa pengguna di platform Threads, keadaan itu turut menyaksikan kawasan deretan premis perniagaan dan tempat letak kenderaan ditenggelami air.

Rakaman dikongsikan pengguna @nkysfz yang memaklumkan situasi tersebut pada pukul 3.22 petang memaparkan beberapa buah motosikal yang diparkir hampir separuh tenggelam.

Turut kelihatan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih meredah banjir sehingga menghasilkan ombak kecil di sepanjang laluan berkenaan.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, @jujue0301_ turut berkongsi rakaman memperlihatkan keadaan hujan lebat dengan air mula memenuhi permukaan jalan di kawasan tersebut.

Sementara itu, pengguna @nasrullnordin turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada susulan peningkatan paras air di kawasan berkenaan.

“Hujan lebat di Taman Sri Muda, air mula naik. Hati-hati semua,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada pukul 1 tengah hari memaklumkan ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor sehingga pukul 5 petang ini.

Antara kawasan terlibat ialah Kuala Langat, Sepang, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Petaling dan Klang.– KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Hujan lebat, Taman Sri Muda mula dinaiki air appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved