
Melihat keadaan yang gelap gelita telah membuatkan lelaki ini tak jadi untuk check in sebuah hotel yang telah ditempah awal melalui aplikasi atas talian.
Dalam video tersebut, lelaki itu menjelaskan bahawa dia sampai kira-kira jam 1 pagi untuk bermalam dan melihat tiada receptionist di situ, malah keadaan semua dilihat begitu suram dan menurutnya ada kisah seram di hotel yang terletak di Taiping, Perak itu.
Artikel Berkaitan : Individu Terkejut Hotel Terbiar Di Shah Alam Masih Diiklankan Dalam Aplikasi Penginapan
Artikel Berkaitan : Dituduh Mencabul Lelaki Di Hotel, Ustaz Budak Kekal Dipenjara 13 Bulan
Jelasnya apa yang dilihat dalam gambar ketika ingin membuat tempahan seolah-olah hotel itu indah khabar dari rupa apabila tiba di sana kerana ia dilihat seperti tempat melakukan aktiviti paranormal.
Malah dia juga melihat keadaan semua bilik di hotel tersebut yang gelap gelita dan hanya satu atau dua bilik sahaja yang terang. Disebabkan rasa meremang, lelaki ini tak jadi untuk masuk ke bilik yang telah ditempah.
Malah, ada seorang penghantar makanan yang dikatakan telah menunggu di kawasan tersebut sekian lama tetapi tidak ada orang yang datang ambil.
Seram jugak,
sampai hotel dalam keadaan mcm ni
: ehhaimann pic.twitter.com/jPC8tmvjOc
— ًِ (@bckupacc99) January 2, 2024
Dalam masa sehari, video ini tular dan meraih 2,000 jumlah perkongsian. Ia sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang mengatakan bahawa keadaan itu memang nampak seram, bahkan ada juga yang menceritakan pengalaman mereka pernah bermalam di situ dan diganggu.

Dalam pada itu, ada juga yang mengecam tindakan lelaki ini, kerana dianggap sengaja nak menggembar-gemburkan cerita. Mereka mempersoalkan tindakan lelaki itu menularkan video tersebut, malah mereka turut mempertikaikan bahawa keadaan memang gelap gelita kerana jam 1 pagi.
Malah, ada juga yang pernah ke hotel tersebut menyatakan bahawa keadaan di sana baik-baik sahaja dan berdasarkan perhatian mereka terdapat banyak motor bersusun di hadapan hotel tersebut.
Bahkan, ada penghantar makanan yang kerap melakukan penghantaran ke hotel tersebut dan mengatakan tempat itu tidaklah seram mana.

Hurm, sebenarnya lah kan, kalau ikutkan benda-benda halus ni semua kat mana-mana pun ada. Cuma ikut pada tuan badan kuat semangat ataupun tidak.
Sumber : X
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



