[VIDEO] ‘Ingat turun salji’, Kesas bertukar putih akibat tumpahan cecair

3 Sep 2026 • 4:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Ingat turun salji’, Kesas bertukar putih akibat tumpahan cecair

PETALING JAYA – Pemandangan luar biasa apabila sebahagian Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) bertukar putih petang ini mencuri perhatian pengguna jalan raya sehingga ada yang menyangka kawasan berkenaan seperti ‘dilanda salji’.

Beberapa rakaman yang tular di media sosial menunjukkan permukaan lebuh raya diselaputi cecair berwarna putih, selain kelihatan kesan tayar kenderaan yang melalui kawasan berkenaan.

Kejadian itu turut mencetuskan kebimbangan khususnya terhadap penunggang motosikal berikutan keadaan jalan yang dilaporkan licin.

Seorang pengguna Threads, @rtnasrie_01, turut memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang melalui Kesas menghala ke Puchong dan Shah Alam supaya lebih berhati-hati.

“Yang naik motor tu, balik tolong ikut jalan motor. Nak balik nanti tolong hati-hati yang guna Kesas arah balik ke Puchong/Shah Alam. Jalan licin bersabun ni. Semoga semua selamat sampai ke destinasi,” tulisnya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, @rory2gilmore, berseloroh dengan menyifatkan keadaan lebuh raya berkenaan seolah-olah dilitupi salji.

“Siapa dapat tengok ‘salji’ dekat lebuh raya dalam perjalanan ke Puchong tadi?” tulisnya.

Sementara itu, Lembaga Lebuh Raya (LLM) menerusi makluman pada pukul 4.27 petang mengesahkan keadaan berkenaan berpunca daripada tumpahan cecair di Kilometer (KM) 30.5 arah Timur, di Susur Ramp A Kota Kemuning.

Menurut LLM, susulan kejadian itu lorong kiri terhalang dan keadaan trafik dilaporkan bergerak perlahan.

“Sila perlahankan kenderaan dan patuhi arahan petugas di lokasi,” menurut makluman tersebut.

Gambar yang dikongsikan LLM turut menunjukkan sebahagian besar permukaan jalan di lokasi dilitupi bahan berwarna putih.

Setakat ini, jenis cecair yang tumpah serta punca kejadian belum dinyatakan dalam makluman berkenaan. – KOSMO! ONLINE

View this post on Instagram

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

 

The post [VIDEO] ‘Ingat turun salji’, Kesas bertukar putih akibat tumpahan cecair appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved