[VIDEO] Ini bukan urus kedai runcit tetapi negeri – Aminuddin

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 4:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Ini bukan urus kedai runcit tetapi negeri – Aminuddin

SEREMBAN – Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengingatkan pimpinan supaya mempunyai pendirian yang jelas dalam mengurus negeri itu dan tidak membuat keputusan yang berubah-ubah.

Menerusi perkongsian ringkas di media sosial Threads, Aminuddin berkata kepimpinan negeri perlu berpegang kepada pendirian serta tidak mudah terpengaruh dengan tekanan.

“Jangan pula sekejap lain, sekejap lain. Kita tak boleh tak ada pendirian, hari ini lain, esok lain, macam apa ni.

“Ini bukan mengurus kedai runcit, ini mengurus negeri dan mesti ada pendirian. Tidak perlu kena tekan, jangan takut dengan manusia, takut kejujuran kita dengan Allah Taala,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau turut mendoakan agar Negeri Sembilan terus berada dalam keadaan aman, makmur dan maju jaya.

Pesanan berkenaan mendapat lebih 130 reaksi di platform Threads. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Ini bukan urus kedai runcit tetapi negeri – Aminuddin appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved