[VIDEO] Isteri Pertama ‘Sporting’, Pasang Pelamin Untuk Suami & Madu Muda

Entertainment
10 Jan 2024 • 11:29 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun banyak kisah poligami yang memberi emosi kepada para wanita, namun ada juga beberapa kes yang membuka mata kita untuk pandang dari sudut berbeza.

Seperti video tular di TikTok, perkongsian seorang wanita yang memasang pelamin untuk suami dan madu mudanya telah menarik perhatian ramai.

Dalam video itu, wanita yang dikenali sebagai Syazwani Ali, 34, dilihat sedang bertungkus lumus bersama pekerjanya menyiapkan pelamin untuk majlis persandingan suami, Amerul Azizon, 43, dan madu, Nurul Nadzirah Syamsudin, 23.

Ramai yang memuji ketabahan wanita itu menerima madunya dan ada yang mendakwa tidak mampu menandingi sifat wanita itu jika mereka mengalami nasib sama.

@syazwani_mirabilia

Pasang pelamin orang pasang pelamin suami & adik madu #poligami #isteripertama #pelamin #pelaminandirumahmertua #poligamibukanjenayah #perempuanitu #pcosfighter #isteripertamauntukdihargai @Mirul Hj.Azizon @Dieya Dahlia MUA KULIM @Amir Ibrahim

♬ suara asli – Musiceveryday – 22

Buang rasa sakit & cemburu

Menurut Syazwani, pada awalnya dia juga sama seperti wanita lain yang enggan dimadukan namun menerima takdir itu dengan reda selepas melihat suami tidak pernah membezakannya dengan isteri kedua.

Katanya, perasaan marah itu kemudiannya beransur hilang dan mula menyayangi isteri kedua suami yang sudah pun dianggap seperti adik dan ahli keluarga sendiri.

image is not available

“Saya buang rasa sakit dan cemburu. Saya berlapang dada menerima keputusan suami serta madu yang kini dianggap seperti ahli keluarga sendiri kerana saya fikir kita semua ada kekurangan dan kelebihan.

“Selepas mereka berkahwin saya cuba lapangkan dada untuk terima semua itu kerana saya fikir mungkin perkahwinan itu akan melengkapkan kekurangan saya lagipun suami bukan milik saya seorang dan dia juga adalah pinjaman Allah SWT saja.

“Hubungan saya dan madu semakin baik sejak November lalu, malah madu juga menghormati saya sebagai isteri pertama dan saya pula tidak mahu bergaduh kerana semua itu akan beri kesan kepada kehidupan, rezeki dan suami yang pastinya akan pening kepala,” katanya.

Memetik Harian Metro, Syazwani dan suami sudah berkahwin sejak 12 tahun lalu namun mereka belum dikurniakan zuriat yang menjadikan ia sebagai alasan untuk dirinya berlapang dada dengan perkahwinan kedua.

Katanya lagi, hatinya semakin tenang sepanjang lima bulan hidup berpoligami dan segala urusan dipermudahkan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.