(VIDEO) “Jangan Fikir Bukan-Bukan..” – Raf Yaakob Perjelas Lambang Bintang Di Cincin, Bukan Seperti Yang Disangka!

2 Feb 2024 • 11:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul setelah dia memuat naik pertemuan istimewa sempena kedatangan bintang lagenda bola sepak antarabangsa, David Beckham ke TRX Exchange baru-baru ini.

Raf dalam satu hantaran di TikTok dilihat memuat naik momen-momen pertemuan istimewa itu dan netizen lebih tertumpu kepada aksesori jari yang digayakannya pada malam itu.

Netizen risau tengok lambang cincin milik Raf

Dalam video tersebut, Raf memakai cincin berbentuk segi tiga dan netizen turut tertanya-tanya apakah maksud di sebalik lambang tersebut.

Risauu tengok cincin tu.

Star of David Raf? Seriously?

Raf kemudian tampil menamatkan spekulasi merepek sesetengah warga maya dan menjelaskan bahawa cincin itu adalah bintang Nabi Daud bersama kalimah Nabi Muhammad S.A.W.

Jangan fikir bukan-bukan ya. Bintang Nabi Daud + Kalimah Nabi Muhammad S.A.W dekat cincin tu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 10 hours ago

Hantaran Instagram Story Datuk Seri Siti Nurhaliza Jadi Tumpuan, Netizen Doakan Yang Terbaik