[VIDEO] Jerebu Kalimantan makin teruk, jarak 20 meter tak nampak apa

LocalEnvironment
20 Aug 2026 • 3:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Jerebu Kalimantan makin teruk, jarak 20 meter tak nampak apa

PETALING JAYA – Keadaan jerebu di Kalimantan, Indonesia hari ini dilaporkan semakin membimbangkan susulan kebakaran hutan yang dipercayai semakin merebak sehingga jarak penglihatan menjadi amat terhad.

Seorang pengguna media sosial, @Frisimran_, berkongsi rakaman menunjukkan keadaan persekitaran diselubungi asap tebal sehingga bangunan dan kenderaan di kawasan berkenaan sukar dilihat dengan jelas.

Menurutnya, keadaan jerebu kali ini merupakan antara yang paling teruk pernah disaksikannya.

“Ini adalah bukti betapa teruknya kebakaran hutan yang berlaku di Kalimantan. Jarak dalam 20 meter pun tak nampak dengan jelas,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial, @Miraidora.ujang, mendakwa kebakaran di Kalimantan semakin buruk dengan hampir keseluruhan pulau itu dilaporkan mempunyai titik panas.

Menurutnya, jerebu daripada kebakaran berkenaan turut merebak ke kawasan lain termasuk Malaysia.

“Kebakaran di Kalimantan semakin teruk. Hampir keseluruhan pulau berada di titik panas.

“Jerebu merebak ke seluruh pulau sehingga ke Semenanjung. Ada lebih 800 titik panas di Kalimantan dan indeks pencemaran udara naik mendadak,” katanya.

Tambahnya, keadaan turut menjejaskan pengguna jalan raya apabila abu dan asap tebal mengaburi pandangan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, hidupan liar juga antara pihak paling terkesan akibat kebakaran hutan yang berlaku.

“Yang pasti, haiwan hutan adalah mangsa yang tak mampu bersuara,” ujarnya.

Keadaan kebakaran hutan di Kalimantan itu turut dikaitkan dengan situasi jerebu yang semakin buruk di Sarawak apabila asap rentas sempadan menjejaskan kualiti udara di beberapa kawasan.

Hari ini, semua sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) di daerah Kuching, Padawan, Serian dan Samarahan ditutup serta-merta selama dua hari sehingga esok susulan keadaan jerebu yang menjejaskan kualiti udara.

JPNS dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh itu, pengajaran dan pembelajaran di rumah dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan proses pembelajaran murid.

Data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak setakat tengah hari pula menunjukkan beberapa kawasan di negeri itu merekodkan bacaan indeks pencemaran udara pada tahap tidak sihat, dengan Serian antara lokasi mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 191. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Jerebu Kalimantan makin teruk, jarak 20 meter tak nampak apa appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved