![Image from: [VIDEO] Kedai emas di Kuantan pula kena rompak ketika solat Jumaat](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/ROMPAK-KEDAI-EMAS-KUANTAN-1024x768.jpg)
KUANTAN – Selepas sebuah kedai emas di Genting Highlands dirompak pada Isnin lalu, sebuah lagi kedai emas di Pahang yang terletak di Taman Tas di sini dirompak menerusi rakaman video yang tular di media sosial hari ini.
Rakaman video berdurasi 1 minit 35 saat itu memaparkan empat individu berpakaian hitam dan bertopi keledar melarikan diri dengan menunggang dua buah motosikal.
Difahamkan, ketika kejadian suspek membawa senjata parang, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden pada pukul 1.30 tengah hari itu.
Setakat ini maklumat lanjut mengenai kejadian itu termasuk jumlah kerugian masih belum diketahui.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan dan maklumat penuh akan dimaklumkan kelak. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Kedai emas di Kuantan pula kena rompak ketika solat Jumaat appeared first on Kosmo Digital.



![[VIDEO] Barang kemas setengah juta lesap dilarikan empat lelaki](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/ROMPAK-KEDAI-EMAS-KUANTAN-1024x768.jpg)


