Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Kesibukan kerja kita selalunya menjadi batas untuk kita dapat meluangkan masa bersama mak ayah, semakin dewasa masa untuk meluangkan masa degan mereka sangat terhad terutamanya kalau kita kerja merantau.
Satu video di media sosial kini sedang meruntun hati netizen apabila seorang pemuda yang bekerja sebagai pemandu lori ‘lepas rindu’ jumpa ibu bapa walaupun sekejap kerana sedang menjalankan tugas.
Artikel berkaitan : “Ibu bapa saya normal, cuma mata mereka tak nampak” – Perkongsian Anak OKU Penglihatan Buat Ramai Rasa Hiba
Artikel berkaitan : Caprice Dedah Ramai Ibu Bapa Dakwa Anak Did*ra Lepas Hantar Ke Sebuah Tadika Terkenal
Ibu bapa naik motor tunggu di perhentian bas
Berdasarkan video tersebut, pemandu lori itu dikatakan berasal dari Perlis dan bekerja di Perak, nak dipendekkan cerita, lelaki itu ada membuat penghantaran di Perlis dan dia menggunakan kesempatan tersebut untuk bertemu dengan ibu bapa walaupun sebentar di tepi jalan.
“Sedih tengok mereka tunggu aku tepi jalan macam ni dengan naik motornya tapi malas nak keluarkan air mata. Aku dengan mak ni kalau keluarkan air mata sama-sama macam dalam drama. Baik tahan sahaja.”
Menurut pemilik video, ibunya siap menyediakan makanan kegemaran sebagai bekalan untuk dirinya lagi dan dia sangat gembira dapat merasakan air tangan ibunya. Dilihat seperti mereka bertiga berpelukan dan pemuda itu mencium pipi ibu bapanya itu sebelum menghulurkan wang kepada mereka berdua.
@zulkhainine kredit to owner video..
♬ original sound – ZulkarnainMs – ZulkarnainMs
Video yang telah meraih lebih daripada 520K jumlah tontonan dalam masa sehari ini dilihat tela meruntun hati ramai netizen dan ada antara mereka yang meluahkan rasa rindu kepada ibu bapanya yang telah tiada selain daripada memuji efforti pemuda ini untuk meluangkan masa bersama orang tuanya walaupun sebentar.
Sumber : TikTok
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


