Video kemalangan tular, polis minta mangsa buat laporan

28 Jan 2023 • 8:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan kereta dan kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan dipercayai berlaku di KM5.7 Rawang Bypass pada petang Jumaat. - Foto Facebook

HULU SELANGOR ‐ Polis meminta individu terlibat dalam kemalangan tular dipercayai berlaku di Kilometer (KM) 5.7 Rawang Bypass sekitar jam 6.15 petang pada Jumaat supaya tampil membuat laporan.

Klip video berdurasi 30 saat memaparkan sebuah Perodua Axia rosak teruk manakala seorang wanita dipercayai pemandu kereta tertiarap di bahu jalan sementara tiga kanak-kanak dipercayai anak mangsa berjaya diselamatkan orang awam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, pihaknya mengesan rakaman video kejadian terbabit tular selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook.

"Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

"Bagaimanapun hasil semakan mendapati tiada saksi atau waris yang tampil untuk membuat laporan berhubung kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Suffian berkata, buat masa ini tidak dapat dipastikan keadaan mangsa dan kanak-kanak terbabit.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan berkenaan supaya tampil membuat laporan di balai terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved