Dua rakyat Malaysia ditahan bersama 1,560 pil epam di Thailand miliki rekod narkotik

23 Aug 2026 • 12:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua rakyat Malaysia ditahan bersama 1,560 pil epam di Thailand miliki rekod narkotik
Mohd Yusoff semasa sidang akhbar Pelupusan Barang Kes Melibatkan Dadah di IPK Kelantan, pada Ahad.

KOTA BHARU - Dua warga Malaysia yang ditahan bersama dengan 1,560 biji pil epam dikesan memiliki rekod kesalahan narkotik di negara ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, salah seorang daripada mereka turut dikehendaki polis.

"Suspek yang dikehendali polis itu berusia 30-an," katanya semasa sidang akhbar Pelupusan Barang Kes Melibatkan Dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Ahad.

Menurut beliau semakan mendapati ia membabitkan Seksyen 39B, 39A dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Media sebelum ini melaporkan, dua rakyat Malaysia ditahan polis Thailand di Sungai Golok, Narathiwat pada Khamis malam, selepas pihak berkuasa menemukan 1,560 biji pil Epam (Nitrazepam) yang dipercayai dalam milikan mereka.

Menurut Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Thun Sirikhunt, kedua-dua suspek berusia 24 dan 30 tahun dari Kelantan itu ditahan kira-kira 10.30 malam di hadapan sebuah restoran di Jalan Anukachart Usorn, pekan Sungai Golok, hasil risikan dan maklumat orang awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved