[VIDEO] Lagak Samseng Pemandu Kancil Di Sibu, Netizen Sokong Individu Ini Balas Balik

2 Aug 2022 • 9:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“This is Hong Kong.. Sibu keras ohh”

[VIDEO] Lagak Samseng Pemandu Kancil Di Sibu, Netizen Sokong Individu Ini Balas Balik. Jika sebelum ini anda dah biasa lihat kenderaan lari dari sekatan jalan raya di mana-mana tempat, kali ini terdapat satu video ibarat action movie dirakam oleh pengguna media sosial.

Petang tadi tular satu video seorang pemandu kancil dilihat membelok tajam seperti membuat drift di jalan raya di Sibu hingga menyebabkan kawan kepada pemilik video terpaksa membuat brek kecemasan.

image is not available
Sumber gambar: FB A-jamp MrAj

Pemandu kancil hayunkan parang

Tindakan kancil yang tiba-tiba berhenti di hadapan kereta pemilik video tersebut telah menyebabkan kemalangan walaupun pemilik video tersebut sudah menggunakan brek kecemasan.

Bengang keretanya dilanggar, pemandu kancil tersebut malah sempat mengeluarkan parang lalu hayunkan ke bonet depan kereta pemilik video tersebut. Lihat video di bawah:

Netizen sokong apa yang dilakukan individu ini

Melihat lagak samseng kancil tersebut, pemilik video mengundurkan keretanya kemudian memecut ke hadapan lalu melanggar kereta kancil tersebut sebelum pemandu kancil sempat melarikan diri.

Video yang telah tular tersebut telah mendapat perhatian ramai netizen di Facebook. Perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 289K kali tontonan dan 5K kongsi di laman Facebook (setakat artikel ini ditulis).

image is not available
Sumber gambar: FB A-jamp MrAj

Menerusi ruangan komen, difahamkan bahawa pemandu kancil tersebut sedang melarikan diri dari sekatan jalan raya sehingga bertindak untuk melawan arus di jalan raya. Ada pengguna Facebook menyokong dengan tindakan pemilik video tersebut, ada juga yang merasa lucu kerana lihat kereta kancil tersebut mampu buat drift.

Lihat komen di bawah:

image is not available
Sumber gambar: FB A-jamp MrAj

image is not available
Sumber gambar: FB A-jamp MrAj

image is not available
[VIDEO] Lagak Samseng Pemandu Kancil Di Sibu, Netizen Sokong Individu Ini Balas Balik. Sumber gambar: FB A-jamp MrAj

Lagi berita semasa anda boleh baca pautan di bawah: