Buat ‘Wheelie’ Di Bulatan Samarahan, Aksi Food Rider Ini Undang Amarah Netizen

2 Aug 2022 • 6:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rider ini buat aksi wheelie semasa masuk bulatan di Samarahan

Buat ‘Wheelie’ Di Bulatan Samarahan, Aksi Food Rider Ini Undang Amarah Netizen. Telah tular satu video di laman Facebook, food rider kelihatan membuat aksi wheelie di Samarahan ini telah menarik perhatian netizen.

Menerusi rakaman dashcam netizen yang tular di Facebook, kelihatan penunggang motosikal dengan beg Foodpanda di belakang seatnya membuat aksi bahaya semasa masuk bulatan di Kuching- Samarahan Expressway.

image is not available
Buat ‘Wheelie’ Di Bulatan Samarahan, Aksi Food Rider Ini Undang Amarah Netizen. Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

“Itu lah tanda-tanda food panda sudah dekat dgn tuhan”

Rakaman video tersebut telah dikongsi melalui laman Facebook Sarawak Roads Update sekitar pukul 4 petang tadi. Perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.1K tanda suka, 421 kongsi dan 23K kali tontonan setakat artikel ini ditulis.

Apa yang membuatkan netizen bengang, apabila penunggang motosikal tersebut membuat aksi wheelie ketika dikelilingi dengan kenderaan yang lain semasa masuk bulatan tersebut. Aksi ini sangat bahaya dan mampu mendatangkan kemudaratan kepada pengguna jalan yang lain.

Lihat video penuh di bawah:

image is not available
Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

Rata-rata netizen bengang dengan aksi tersebut

Sebelum ini pada tahun yang sama, pernah juga tular food rider (foodpanda) membuat aksi wheelie semasa jalan sesak sewaktu keluar dari bulatan Samarahan. Video tersebut telah dikongsi pada 24 Jun 2022.

Menerusi ruangan komen tersebut, rata-rata netizen bengang dengan tindakan rider tersebut. Lihat komen dibawah:

image is not available
Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

image is not available
Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

image is not available
Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

Perkara ini hendaklah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Anda boleh membuat aduan melalui aplikasi ini. Baca lebih lanjut di pautan bawah: