[VIDEO] Lakukan Aksi Silat, Netizen Kagum Tengok Kecergasan Nenek Umur 107 Tahun Ini

Entertainment
22 May 2023 • 2:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video kini sedang tular memaparkan aksi seorang wanita warga emas melakukan gerak silat sehingga meraih 1.6 juta tontonan dalam masa sehari.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah warga emas yang dikenali sebagai Bonda Moksu dari Pantai Sabak, Kelantan ini berumur 107 tahun!

Warga emas umur 107 buat aksi silat

Jika kita perhatikan untuk mereka yang berumur dalam lingkungan lebih daripada 1 abad ini biasanya akan kelihatan uzur dan tidak bermaya, tidak seperti mereka yang usianya jauh lebih muda, bagaimanapun Moksu ini dilihat begitu bertenaga.

Menurut sumber pemilik video @nikfarahaina di TikTok, Fara Aina ada meletakkan #gurusilat ruangan kapsyen, jadi ramai netizen beranggapan bahawa Moksu ini merupakan seorang guru silat kerana aksi yang ditunjukkan dalam video tersebut.

Malah, dalam video turut mendakwa bahawa Moksu ini kehidupannya sezaman dengan Mat Kilau dan lain-lain.

@nikfarahaina

Bonda Moksu… umur dah 107 tahun masih sihat lagi… kita msuk umur 30 pn dah nyanyuk hahaha #gurusilat #bondamoksu #kelantan #matkilau #tokjanggut #tokkenali #sabakkelantan #fypシ #fypシ゚viral

♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

Dulu nenek ni mesti Srikandi silat yang hebat – Netizen

Dalam pada itu, ada juga netizen yang jadi rendah diri dan segan apabila melihat Moksu ini masih ‘kuat’ sedangkan mereka yang masih muda sudah ada banyak masalah kesihatan dan produktiviti terganggu.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Min sendiri tergugat bila melihat stamina Moksu ini dengan umur begitu, tapi ia boleh jadi pemangkin semangat untuk kita semua agar sentiasa jaga kesihatan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.