Video Lama Norreen Iman Minta Gambar Tidak Menutup Aurat Dipadam Kembali Tular

LocalEntertainment
13 Jul 2026 • 10:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sebuah video lama milik pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman kembali tular di media sosial selepas dia dilihat tidak lagi mengenakan hijab.

Video berkenaan dipercayai dirakam beberapa tahun lalu ketika Norreen mula berhijab dan sedang menunaikan ibadah umrah di Makkah.

Advertisement

Menerusi rakaman tersebut, Norreen meminta mana-mana individu yang masih menyimpan atau pernah memuat naik gambar serta videonya dalam keadaan tidak menutup aurat supaya memadamkan kandungan berkenaan.

“Nak minta tolong, siapa ada gambar saya seksi, mohon padam. Terima kasih ya.”

Perkongsian lama itu kembali mencuri perhatian susulan perubahan imej Norreen baru-baru ini apabila dia dilihat tampil seperti dahulu tanpa mengenakan tudung.

Norreen iman

Norreen sebelum ini mengejutkan ramai selepas berkongsi satu klip pendek menerusi Instagram Story yang memaparkan dirinya berambut pendek dan tidak berhijab.

Sebelum tampil dengan imej tersebut, pelakon berkenaan juga seolah-olah telah memberi bayangan mengenai perubahan penampilannya apabila berkongsi beberapa video yang memperlihatkan bahagian lehernya selain hanya mengenakan topi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

NOrren iman2026-07-11 16:25:24

Norreen Iman Akhirnya Buka Tudung, Peminat 'Speechless' - "Iman Turun Naik Agaknya..."

The post Video Lama Norreen Iman Minta Gambar Tidak Menutup Aurat Dipadam Kembali Tular first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved