[VIDEO] Lampu isyarat Alam Budiman buat hal lagi, lori sampah ‘tergolek’

24 Nov 2026 • 2:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Lampu isyarat Alam Budiman buat hal lagi, lori sampah ‘tergolek’

PETALING JAYA – Sebuah lori sampah dilaporkan terbalik berhampiran lampu isyarat Alam Budiman di Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam, hari ini.

Kejadian itu sekali lagi mencetuskan kebimbangan orang ramai apabila lokasi berkenaan didakwa sering menjadi kawasan berlakunya kemalangan jalan raya.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna meluahkan rasa syukur kerana tidak melalui kawasan berkenaan ketika kejadian berlaku.

“Alhamdulillah, nasib baik tak kejar traffic light (lampu isyarat). Fuh,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya berharap langkah keselamatan lebih menyeluruh dapat dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Seorang pengguna @hc_soon, mencadangkan supaya kenderaan berat dilarang melalui laluan berkenaan ketika waktu puncak kerana mendakwa kemalangan sering berlaku di kawasan itu.

“Alam Budiman, Jalan Mokhtar Dahari ini patut laksanakan larangan kenderaan berat pada waktu puncak. Selalu sangat kemalangan di kawasan sini,” katanya.

Pengguna @akonisa pula berpendapat persimpangan berkenaan tidak lagi sesuai menggunakan lampu isyarat kerana mendakwa keadaan itu boleh membahayakan pengguna jalan raya.

“Jalan ini tak sesuai buat traffic light (lampu isyarat), bahaya, tapi itu la. Siapalah kita rakyat biasa nak bising-bising pihak berkuasa tak pandang pun,” katanya.

Malah, pengguna @mellisadraa berkongsi pengalaman kehilangan ahli keluarga dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di lokasi sama.

“Abang ipar saya pun kemalangan di sini dan meninggal dunia di tempat kejadian. Sehari sebelum puasa dia pergi. Lori jugak yang langgar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Lampu isyarat Alam Budiman buat hal lagi, lori sampah ‘tergolek’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved