![Image from: [VIDEO] Lampu jalan terbakar punca asap tebal di lebuh raya DUKE](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/asap-DUKE-tular-viral-1-1024x683.jpeg)
KUALA LUMPUR – Asap tebal yang dilihat keluar dari longkang di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Ramp 0.5, dipercayai berpunca daripada lampu jalan terbakar.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam memaklumkan, hasil pemeriksaan polis bersama pihak pengurusan Lebuh Raya DUKE mendapati kejadian itu berpunca daripada kebakaran pada lampu jalan berkenaan.
Menurutnya, api berjaya dipadamkan, manakala tindakan susulan masih dilakukan oleh pihak pengurusan lebuh raya.
Kejadian berlaku di Ramp 0.5, laluan dari Greenwood menghala ke susur Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sebelum itu, seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerja memaklumkan melihat asap tebal keluar dari longkang di lebuh raya berkenaan, namun tidak pasti punca sebenar kejadian.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Terdahulu Kosmo! melaporkan satu kejadian kemunculan asap tebal disertai bau busuk yang keluar dari beberapa jeriji longkang di Lebuh Raya DUKE arah Kuala Lumpur selepas Tol Sentul telah mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya pagi tadi.- KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Lampu jalan terbakar punca asap tebal di lebuh raya DUKE appeared first on Kosmo Online.



![[VIDEO] Jerebu: Langit Kalimantan Tengah bertukar jingga](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/langit-jingga-kalimantan-tengah-1024x695.jpeg)

