Misteri asap tebal dari longkang di Lebuhraya DUKE terjawab

14 Oct 2026 • 11:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Misteri asap tebal dari longkang di Lebuhraya DUKE terjawab
Tular kepulan asap tebal berhampiran Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) selepas Plaza Tol Sentul.

KUALA LUMPUR – Kepulan asap tebal berhampiran Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) selepas Plaza Tol Sentul pada Rabu dipercayai berpunca daripada kebakaran lampu jalan di lebuh raya terbabit.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pemeriksaan polis bersama pihak pengurusan lebuh raya DUKE mendapati asap berkenaan berpunca daripada lampu jalan yang terbakar.

"Api berjaya dipadamkan dan kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

"Hasil pemeriksaan mendapati asap tersebut berpunca daripada lampu jalan terbakar dan api berjaya dipadamkan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan kepulan asap menyelubungi kawasan berhampiran laluan terbabit.

Rakaman turut memaparkan beberapa kenderaan termasuk motosikal dilihat ketika melalui kawasan itu.

Pengguna media sosial turut mendakwa, asap keluar dari kawasan longkang berhampiran lebuh raya berkenaan, bagaimanapun punca sebenar belum dapat dipastikan.

Sementara itu, Anuar Bakri berkata, kejadian berlaku di Ramp 0.5 dari arah Greenwood menuju ke susur Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tambahnya, tindakan susulan berhubung kejadian itu masih dalam tindakan pihak pengurusan lebuh raya DUKE.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved