(VIDEO) Lelaki Bangun & Pergi Peluk Dua Anak Yatim Bikin Ramai Sebak – “Sorang Hilang Ibu, Sorang Lagi Sudah Tiada Ayah”

LocalEntertainment
9 Oct 2024 • 4:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tindakan seorang lelaki memeluk dua murid yang merupakan anak yatim tular di media sosial dan telah menyentuh hati ramai.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, lelaki itu dilihat berjalan dari tempat duduk ibu bapa dan terus ke arah dua murid lelaki tersebut sebelum memeluk mereka.

Video tersebut dikongsikan oleh seorang penceramah yang meluahkan rasa kagumnya selepas melihat situasi itu ketika dia mengendalikan sebuah program motivasi di Sekolah Rendah Kebangsaan Felda SG Kemahal Bentong, Pahang.

Hebat ayah ni, meluru memeluk anak-anak ini yang mesti merindui ayah dan ibu yang telah mereka hilang. Salah seorang ibunya sudah tiada dan seorang lagi ayah pula sudah pergi.

@kakanneomey Hebat ayah ni, meluru memeluk anak-anak ini yg mesti merindui ayah dan ibu yg telah mereka hilang. Salah seorang ibu nya sudah tiada, dan sorang lagi ayah pula yg sudah pergi. Tanggungjawab kita apa saudara ku? Bertanggungjawab lah sebelum kita di soal di sana. Mereka bukan anak kita tp ujian mereka adalah ujian juga buat kita. Allah uji tanda syg#fyp #fyppppppppppppppppppppppp #trend #viral #parenting ♬ bunyi asal – – ༺TᗩᑌᖇᑌՏ ᗷOY༻

Rakaman itu mendapat perhatian ramai warganet yang tersentuh dan sebak melihat aksi lelaki berkenaan yang jelas menunjukkan sifat seorang bapa dimiliknya.

Rata-rata netizen memberi komen memuji lelaki dikenali sebagai Anas tersebut kerana melakukan kebaikan dengan cara yang begitu dan berterima kasih kepadanya kerana berhati mulia.

image is not available

Dalam video itu juga, jelas nampak bahawa tindakannya itu begitu ikhlas cuba menenangkan dua kanak-kanak berkenaan dengan memeluk mereka.

Ramai individu turut sempat berkongsikan pengalaman mereka ketika membesar sama ada tanpa seorang bapa mahu pun ibu di sisi mereka.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 months ago

“Dia Bukan Anak Yatim Piatu, Tapi...” - Semua Rakan Dah Pulang, Foto Pelajar Tahfiz Termenung Tunggu Dijemput Undang Sebak