[VIDEO] Logo pada kenderaan bukan milik PDRM

11 Nov 2026 • 3:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Logo pada kenderaan bukan milik PDRM

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan logo pada sebuah kenderaan persendirian seperti yang tular di media sosial bukan logo rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya mengesan satu hantaran tular di Facebook memaparkan sebuah kenderaan menggunakan logo menyerupai lambang rasmi PDRM.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati logo tersebut reka bentuknya mempunyai persamaan dari segi visual, namun ia milik pertubuhan kebajikan, Nursiqah yang berdaftar secara sah.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan sama ada penggunaan logo pada kenderaan itu mematuhi undang-undang atau bertujuan untuk mengelirukan orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius sebarang tindakan meniru, mengubah suai atau menggunakan sebarang lambang yang menyerupai identiti pasukan keselamatan tanpa kebenaran.

Katanya, perbuatan tersebut boleh menimbulkan salah faham selain menjejaskan imej dan integriti kepimpinan PDRM.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi liar di media sosial yang boleh menjejaskan siasatan polis.

Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Logo pada kenderaan bukan milik PDRM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved