KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mendakwa lori dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kereta peronda polis di lorong kecemasan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dalam kejadian tular pada Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian kira-kira jam 1.05 tengah hari itu melibatkan kenderaan peronda Balai Polis Petaling.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan peronda polis sedang berhenti di lorong kecemasan bagi menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan awam.
"Sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 37 tahun kemudian datang dari arah belakang melalui lorong kecemasan sama sebelum melanggar bahagian belakang kenderaan peronda berkenaan.
"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu lori yang gagal mengawal kenderaannya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
**media[3705908]**
Terdahulu, tular di media sosial memaparkan sebuah lori melanggar kereta peronda polis di lorong kecemasan sebuah lebuh raya di sini.
Mohd Zamzuri berkata, anggota polis dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
Katanya, ujian pernafasan alkohol terhadap pemandu lori mencatatkan bacaan sifar, manakala ujian saringan awal air kencing juga didapati negatif.
"Pemandu lori terbabit telah ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan.
"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) secepat mungkin," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.




![[VIDEO] ‘Bawa laju, dah langgar lepas tu lari’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/WhatsApp-Image-2026-11-10-at-2.56.53-PM-1024x768.jpeg)

![Lori Guna Lorong Kecemasan Sebelum Langgar MPV Polis Di Jalan Raya Jadi Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/lori-langgar-MPV-Polis-3.jpg?t=1794288496)