[VIDEO] Lumba haram sekat pengguna lebuh raya di Johor

LocalCars
22 Aug 2026 • 4:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Lumba haram sekat pengguna lebuh raya di Johor

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan individu dipercayai terlibat dalam perlumbaan haram dengan membuat sekatan terhadap pengguna lebuh raya lain mengundang kecaman di media sosial, hari ini.

Kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah lebuh raya di Johor pada pagi tadi itu dirakam sebelum video berkenaan dikongsikan menerusi aplikasi Threads oleh pengguna dikenali sebagai Far.ahamirah.

Menerusi video berkenaan, beberapa individu dilihat berada di laluan lebuh raya dan dipercayai membuat sekatan terhadap kenderaan lain sebelum perlumbaan haram dilakukan.

Pemilik akaun berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kumpulan terbabit yang didakwa menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang menyelar tindakan berkenaan kerana didakwa membahayakan keselamatan pengguna lebuh raya.

“Semoga satu hari nanti diorang dapat pengajaran hidup yang bermakna. Doa paling baik dah ni,” kata nrwnsyhd.

“Bayar tol pun tidak, siap tutup jalan tu,” kata naimmok.

Sementara itu, pengguna dikenali sebagai aerolhafiezi berkata, pengguna jalan raya sepatutnya mengabaikan tindakan kumpulan terbabit.

“Jalan je (sahaja)… abaikan dia nak merentan ke apa,” katanya.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada waktu pagi, namun lokasi tepat serta identiti individu yang terbabit belum dapat dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Lumba haram sekat pengguna lebuh raya di Johor appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved