[VIDEO] Pakat nampak ‘meteor’ lintas Lebuh Raya Alor Pongsu

LocalSpace
22 Aug 2026 • 4:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Pakat nampak ‘meteor’ lintas Lebuh Raya Alor Pongsu

SEBERANG PERAI – Kemunculan objek bercahaya menyerupai meteor yang melintas di ruang udara sekitar Lebuh Raya Alor Pongsu, di sini, awal pagi tadi mencuri perhatian pengguna jalan raya.

Rakaman video berdurasi 18 saat yang memaparkan satu objek bercahaya yang bergerak pantas di ruang udara sebelum hilang dari pandangan pengguna turut tular di media sosial, hari ini.

Fenomena itu dipercayai dirakam pengguna lebuh raya berkenaan sebelum dimuat naik di Facebook.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai apabila sebahagian pengguna mendakwa pernah menyaksikan fenomena sama, sebelum ini.

“Rezeki juga nampak. Hampir pukul 3 pagi di Tol Sungai Dua,” tulis @Mess8915.

“Saya pun tengok juga meteor ni, tengah memancing…cahaya terang sangat pukul 3 pagi,” balas @Mohd. Saufi.

“Nampak juga semalam masa nak balik pukul 2 pagi, macam warna hijau,” komen @Mohd. Ifwan.

Bagaimanapun, identiti sebenar objek bercahaya berkenaan masih belum dapat dipastikan dan tiada pengesahan rasmi bahawa fenomena itu merupakan meteor setakat ini. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Pakat nampak ‘meteor’ lintas Lebuh Raya Alor Pongsu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved