‘Boikot Thailand, jangan biar polis Siam ambil kesempatan’

22 Aug 2026 • 8:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Boikot Thailand, jangan biar polis Siam ambil kesempatan’

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan seorang pelancong diperiksa secara menyeluruh oleh beberapa individu dipercayai anggota polis Thailand di tepi jalan mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi rakaman tular di laman TikTok itu, lelaki terbabit dilihat berada di belakang sebuah kereta sebelum diperiksa oleh beberapa anggota berkenaan.

Pemeriksaan tersebut dilihat dilakukan secara menyeluruh apabila lelaki itu turut menanggalkan kasut sebelum bahagian tapak kakinya diperiksa.

Rakaman berkenaan kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen terutama rakyat Malaysia yang mendakwa pernah berdepan pengalaman hampir sama ketika berkunjung ke negara jiran itu.

Seorang pengguna dikenali sebagai @Haiydeel mendakwa dia pernah melalui pemeriksaan sedemikian sebanyak dua kali.

“Aku kena macam ini juga, dua kali. Siang macam ini.

“Malam pula dah macam aku ini mafia besar, siap senapang, muka tutup macam Counter-Strike. Periksa habis semua,” dakwanya.

Sementara itu, pengguna lain dikenali sebagai @Iejoi menyeru rakyat Malaysia supaya meneruskan boikot perjalanan ke Thailand susulan dakwaan layanan terhadap pelancong negara ini.

“Teruskan boikot. Kita tidak boleh membiarkan polis Thailand mengambil kesempatan atau membuli penunggang Malaysia.

“Kita ada maruah dan sudah tiba masanya untuk bersatu. Teruskan boikot sehingga hujung tahun dan gunakan kuasa media sosial untuk menyuarakan pendirian kita,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengguna @ mendakwa dia baru sahaja melalui pengalaman sama selain mendakwa pihak berkuasa di sana kini kerap melakukan pemeriksaan terhadap pelancong Malaysia.

“Saya dah kena semalam. Memang mereka sedang mencari ‘income’ daripada pelancong Malaysia sekarang ini. Jangan pergi, boikot,” dakwanya. – KOSMO! ONLINE

@zvzvvdvm Cari apa tu guru? #part2 #malaysiatelen#jalanjalancaripasal#nakikutjgntakut#xmax250 ♬ original sound – زازا آدم

The post ‘Boikot Thailand, jangan biar polis Siam ambil kesempatan’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved