Video Mat Salleh Makan Pisang Tanduk Di Waterfront Kuching Tular Sehingga Ke Luar Negara

17 Jul 2022 • 3:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dapat perhatian media antarabangsa tu.

Video Mat Salleh Makan Pisang Tanduk Di Waterfront Kuching Tular Sehingga Ke Luar Negara. Klip video pasangan warga asing sedang menikmati sebiji ‘pisang gergasi’ ketika bersiar-siar di Waterfront, Kuching kini telah tular sehingga ke luar negara.

Klip video tersebut telah dikongsi secara meluas di laman sosial pada awal bulan ini sehingga turut dikongsi oleh media UK, Daily Mail di laman Facebook mereka.

image is not available
Video Mat Salleh Makan Pisang Tanduk Di Waterfront Kuching Tular Sehingga Ke Luar Negara. Kredit Foto: Instagram o.g.imagery

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah mendapat lebih 500 perkongsian dalam masa kurang daripada 10 jam.

Menerusi video yang dikongsi oleh Facebook Daily Mail Video tersebut turut menyebut “Bersedia untuk melihat pisang yang mungkin paling besar pernah anda lihat”.

Pisang gergasi yang dimaksudkan oleh pasangan “Mat Salleh” itu adalah Pisang Tanduk. Kebiasaannya, pisang tanduk ini akan diolah menjadi kerepek atau pun pisang goreng.

Couple finds giant banana in Borneo

You've never seen a banana quite like this! image is not available

Posted by Daily Mail Video on Saturday, July 16, 2022

Gelagat kedua-dua pasangan ini yang menikmati pisang tanduk itu secara mentah telah menarik perhatian orang awam. Orang ramai yang berada di Waterfront ketika itu, bertindak mengambil video pasangan itu yang sedang menikmati pisang tanduk sambil bersiar-siar.

Pasangan itu juga turut memuat naik video mereka menikmati pisang tanduk tersebut di laman Instagram mereka. Video tersebut juga telah mendapat 21 juta tontonan, 1.2 juta like dan 11.4 ribu komen daripada netizen.

Apa pula komen netizen?

Dalam ruangan komen tersebut, netizen turut meninggalkan komen berbunyi pisang tanduk tidak dimakan secara mentah dan perlu dimasak terlebih dahulu.

image is not available
Kredit Foto: FB Daily Mail Video

image is not available
Kredit Foto: FB Daily Mail Video

Meskipun berlatar belakangkan Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak dan terang-terangan ia berada di Kuching, Sarawak, pihak UK Daily Mail hanya mengenal pasti lokasi video itu sebagai ‘Borneo, Asia’. Mungkin, Sarawak perlu bekerja lebih keras untuk mempromosikan negeri ini agar ia lebih dikenali dengan lebih spesifik di peringkat antarabangsa.

Baca lagi artikel lain yang mendapat perhatian media antarabangsa: