![Image from: [VIDEO] MB Negeri Sembilan menghadap Tuanku Muhriz pagi ini](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/n9-1024x768.jpeg)
SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dijadual menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap Seremban di sini pagi ini.
Difahamkan, pertemuan itu bagi membincangkan penyelesaian krisis adat dan kemelut semasa di negeri ini.
Kenderaan rasmi Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz memasuki pintu masuk Istana Hinggap pada pukul 10.38 pagi.
Ia diikuti kenderaan rasmi Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid dan kenderaan Undang Luak Sungei Ujong,Dato’ Klana Petra Undang Muhammad Faris Johari memasuki Istana Hinggap.
Kenderaan rasmi Menteri Besar kelihatan memasuki pintu masuk istana pada pukul 10.50 pagi, diikuti lima minit kemudian, kenderaan rasmi Tuanku Muhriz memasuki pekarangan istana. KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] MB Negeri Sembilan menghadap Tuanku Muhriz pagi ini appeared first on Kosmo Online.






