![Image from: [VIDEO] Melaka kosong, semua ‘lari’ keluar bercuti](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-24-at-3.32.02-PM-1024x768.jpeg)
PETALING JAYA – Keadaan di sekitar bandar Melaka didakwa lengang dan kosong, dipercayai penduduk negeri itu keluar menyambung cuti di tempat lain memandangkan hari ini adalah Hari Kelepasan Am Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka serta Maulidur Rasul esok.
Menerusi video dimuat naik pengguna Threads Noersjahidah turut memperlihatkan keadaan lengang dan sepi di jalan raya di Melaka hari ini.
“Melaka kosong, orang Melaka semua pergi Cameron Highlands,” kata Noersjahidah pada hantarannya.
Ia mendapat maklum balas orang ramai terutama penduduk Melaka yang memaklumkan keberadaan di luar negeri itu bagi menikmati cuti tersebut.
“Orang Melaka pergi Thailand cari udang lobster segar murah,” komen Izznadz store yang berkongsi gambar di Thailand.
“Kami naik bot dengan orang lain kat Tasik Timah Lasoh, Perlis. Borak-borak rupanya orang Sungai Udang, orang Melaka pergi keluar negeri lah,” kata Nuryn Dna.
“Orang Melaka ada dekat Pulau Pinang ni,” kata Atiqahsyazana. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Melaka kosong, semua ‘lari’ keluar bercuti appeared first on Kosmo Digital.






