Video Mirip Artis Popular Berpelukan Dan Bercium Di Kelab Malam Tular Di Media Sosial 

EntertainmentMusic
24 Nov 2022 • 2:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rakaman video didakwa artis remaja popular sedang berhibur di kelab malam tular di media sosial. - Gambar Internet

Kecoh di media sosial apabila video seorang lelaki yang sedang berseronok di kelab malam dipercayai penyanyi remaja popular. 

Dalam video yang telah tular itu, kelihatan lelaki berkenaan sedang berpelukan dan bercium dengan seorang wanita yang berpakaian seksi.

image is not available

Dihujung video berkenaan, kelihatan ada seseorang yang menghulurkan gelas yang dipercayai berisi minuman keras. 

image is not available

Biarpun tidak dinyatakan nama lelaki di dalam video itu, namun rata-rata netizen sudah dapat meneka berdasarkan kepada paras rupa. 

Ini bukan kali pertama artis lelaki tanah air terlibat dengan video kontroversi ketika berhibur di kelab malam. Sebelum ini aktor terkenal, Aedy Ashraf turut terpalit dengan isu yang sama. 

Jika benar individu di dalam video berkenaan adalah artis yang dimaksudkan, semoga dia lebih berhati-hati ketika berhibur di kelab malam. 

Kerana ini bukan kali pertama dia terpalit dengan kontroversi. Sebelum ini dia sudah terpalit dengan gosip liar apabila dikatakan telah menghamilkan seorang wanita biarpun telah dinafikan oleh ibunya. - Getaran, 24 November 2022