[VIDEO] ‘Nak tengok kereta depan pun samar-samar di Simpang Renggam’

LocalEnvironment
15 Oct 2026 • 11:04 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Nak tengok kereta depan pun samar-samar di Simpang Renggam’

PETALING JAYA – Keadaan jerebu tebal di Simpang Renggam, Johor pagi ini mencetuskan kebimbangan apabila jarak penglihatan dilihat sangat terhad sehingga menyukarkan pengguna jalan raya untuk melihat keadaan di hadapan.

Situasi itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @rafidanamy menerusi rakaman yang dipercayai dirakam kira-kira pukul 7.35 pagi tadi.

Rakaman berkenaan memaparkan jalan raya di kawasan tersebut hampir ‘hilang’ daripada pandangan dengan hanya lampu jalan dan lampu kenderaan kelihatan samar-samar dari kejauhan.

“Dekat mana ni? Sampai tak cam jalan dekat Simpang Renggam sebab terlalu tebal jerebunya,” komen Izza.

“Ya Allah teruk sangat ni, sampai tak nampak depan. Hati-hati semua lagi-lagi yang bawa motosikal,” komen Syue.

Seorang lagi pengguna turut meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak yang perlu bergerak ke sekolah dalam keadaan jarak penglihatan yang terhad.

“Pada tahap ini, kami risau mengenai perjalanan anak-anak ke sekolah. Harap pemandu van, bas, ibu bapa dan semua pengguna jalan raya diberikan penglihatan yang jelas ketika memandu,” kata Shah.

Dalam pada itu, perkongsian berasingan turut memaparkan keadaan berjerebu di sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan dengan jarak pandangan di lebuh raya kelihatan terhad.

Seorang pengguna secara berseloroh menyamakan suasana tersebut seperti berada di Genting Highlands susulan pemandangan berkabus tebal.

“Wah jalan nak pergi Port Dickson ke nak pergi Genting Highlands ni,” komen Ros. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Nak tengok kereta depan pun samar-samar di Simpang Renggam’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved