(VIDEO) Netizen Puji Leona Anak T20 ‘Humble’, Pandai Bawa Diri – “Manusia Paling Tak Fake Dia Ni”

EntertainmentLifestyle
22 Sep 2025 • 11:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gelagat bersahaja pempengaruh Kasih Iris Leona atau mesra dengan panggilan Leona sering mencuri tumpuan dan menghiburkan warganet.

Baru-baru ini, Leona telah menyertai acara larian Keretapi Sarong Music Run di ibu kota dan aksi comelnya membuat persembahan bersama kumpulan dikir barat di hadapan Pavilion Suites telah mencuri perhatian.

Menerusi Threads, netizen terhibur dengan persembahan Leona di atas pentas menyanyikan lagu yang sedang tular iaitu Cek Cek Cek: Bunyi Cicak bersama penyampai radio, Haziq Hussni.

image is not available

Seorang individu membuat hantaran dengan memuji sikap rendah diri dan tingkah laku Leona yang bersahaja meskipun dirinya daripada keluarga kaya raya.

Individu itu juga turut menyebut tentang Leona yang sering ulang alik Kuala Lumpur dan UK sebelum ini kerana berkemampuan namun dirinya kekal rendah diri.

image is not available

image is not available

Cokcek cokcek macam ni pun dia graduate on time. Dia berulang overseas dengan Malaysia dekat macam Ipoh dengan Kuala Kangsar dibuatnya. Tapi itu la, Elok je crack takde terpaling curlasss ke apa. Comel la Leona ni.

 

View on Threads

 

Rata-ratanya memuji Leona kerana menjadi diri sendiri dan pandai membawa diri malah tidak kekwat meskipun bapanya pelakon popular dan keluarganya kaya raya.

Dalam pada itu, sesetengah individu berpendapat aksi ‘gedik’ Leona boleh diterima kerana bukan dibuat-buat dan sering menghiburkan ramai.

Manusia paling tak fake dia ni.

image is not available image is not available

image is not available 2025-09-10 12:03:28

(VIDEO) Leona Sakat Rees Tentang Ciri-Ciri Kekasih Hati, Ramai Wanita Tak Keruan - "Asslamualaikum Adik Ipar"