
Rasanya tak perlu nak diperjelaskan lagi trend permainan lato-lato ini dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia, boleh dikatakan ada dekat mana-mana sahaja. Bagi ibu bapa yang dah ada anak, pastinya ramai yang dah terjebak macam anak kepada Ienda Azlinda ini.
“Semalam kemain, aku lah juara lato-lato”
Disebabkan itu, si ibu menyakat anak perempuannya ketika berjumpa dengan polis, dalam video berdurasi 8 saat dan telah meraih 2.8 juta jumlah tontonan dalam masa 22 jam itu memperlihatkan si ibu ini merakam pihak polis dengan mengusik anaknya mengatakan bahawa anaknya itu degil dan suka main lato-lato.
Malah, kelihatan anaknya itu sampai menangis ketakutan sambil berjanji yang dia mahu buang permainan yang tengah viral itu.
@iendaazlinda Abam polis pun kenat siap bukak lampu biru nak bagi lagi takut
Menurut si ibu, pada sehari sebelum kejadian rakaman ini, anaknya itu ada menunjukkan aksinya bermain lato-lato. Fuh! Sampai angkat sebelah kaki tu.
@iendaazlinda Replying to @Ernie Alwin dia ckp malu lah hani, habis semua orang tengok
Bagaimanapun, Ienda menjelaskan bahawa, biarpun dia membenarkan anaknya bermain lato-lato, ia masih dalam pemantauannya, anaknya hanya dibenarkan bermain di ruang-ruang tertentu sahaja. Anaknya tidak boleh bermain di ruang tamu untuk elak berhampiran dengan barang-barang mudah pecah.
@iendaazlinda Replying to @❀ NA ❀ dia biasa main kt rumah je, tu pun tgh2 antara nk pegi ke dapur, kt ruang tamu mmg tak bagi sbb tkut kena kt benda2 mudah pecah.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur apabila melihat gelagat anak ini. Malah taktik ibunya menakut-nakutkan anak kecil depan polis ini turut menjadi ikutan para ibu yang lain untuk ‘ajar’ anak mereka.

Bagaimanapun, dalam posting yang lain, anaknya itu dilihat sebenarnya rajin dalam pembelajaran. Hurmm, mungkin dia hanya nak berhibur je kot. Si ibu pun, hahahahahhaa, kesian adik tu.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


