(VIDEO) “Ni Dah Macam Konsert Haqiem Rusli!” – Suasana Tak Cukup ‘Rock’, Noh Salleh Tegur Peminat

Music
23 May 2023 • 4:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, kumpulan penyanyi tempatan iaitu Hujan telah mengadakan konsert ‘Aku, Muzik & Kamu’ yang bertempat di Johor Bahru.

Apa yang menarik perhatian orang ramai ialah apabila vokalis, Noh Salleh telah menegur peminat yang menghadiri konsert tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, penyanyi berusia 38 tahun itu kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan suasana konsert itu.

Ehh saya tak faham ni rock zone kan? kenapa dia tak rock ah?

Bukan itu sahaja, Noh turut mengatakan peminat yang berada di konsert itu seperti menyaksikan persembahan daripada penyanyi, Haqiem Rusli sedangkan tema konsert tersebut adalah rock.

Kenapa dia macam Haqiem Rusli punya konsert. Kita bagi jelah yang tepi tu masuk.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata peminat menjelaskan bahawa mereka sudah kehabisan tenaga memandangkan konsert tersebut telah diadakan daripada pukul 3 petang.

Bukan itu sahaja, ramai netizen yang mengatakan penonton yang hadir sebenarnya bukanlah peminat sebenar sebaliknya hanya sekadar hadir untuk menonton persembahan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 24 jam lalu

"Mesra Sangat Ni.."- Muat Naik Foto Berpelukan, Peminat Gesa Yasmin Hani Dan Alif Hadi Cepat Menikah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved