[VIDEO] November baru 11 hari, Kampung Melayu Subang ‘tenggelam’ kali keempat

LocalEnvironment
11 Nov 2026 • 10:01 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] November baru 11 hari, Kampung Melayu Subang ‘tenggelam’ kali keempat

PETALING JAYA – Bulan November ini baru memasuki hari ke-11, namun penduduk Kampung Melayu Subang sekali lagi diuji apabila kawasan kediaman mereka dinaiki air banjir buat kali keempat susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Kejadian itu mendapat perhatian ramai selepas seorang pengguna Threads, @ssaerra__, berkongsi beberapa rakaman video memperlihatkan keadaan rumah yang dikelilingi air banjir berwarna keruh.

Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan berkata kejadian itu merupakan kali keempat kawasan berkenaan dilanda banjir sepanjang November ini.

“Kali keempat untuk November,” tulisnya ringkas.

Berdasarkan rakaman yang dikongsikan, air banjir dilihat memenuhi kawasan halaman beberapa rumah sehingga memasuki bahagian anjung kediaman.

Keadaan itu turut memperlihatkan air keruh mengalir di sekitar kawasan perumahan ketika hujan masih turun dengan lebat.

Perkongsian berkenaan meraih lebih 26,500 tontonan selain mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib penduduk terjejas.

Seorang pengguna Threads, @cucisuccessservices berkata, pihaknya baru sahaja menjalankan kerja pembersihan sebuah rumah di kawasan berhampiran sebelum kejadian banjir berulang.

“Allahuakbar, dua hari lepas baru sahaja kami mencuci rumah dekat Jalan Merbau. Kesiannya kena banjir lagi,” katanya.

Sementara itu, @zagabdullah mempersoalkan tindakan pihak berkuasa dalam menangani masalah banjir berulang yang didakwa terus membelenggu penduduk kawasan berkenaan.

“Tidak mungkin kerajaan negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak nampak punca banjirnya? Tidak adakah tindakan segera jangka pendek yang boleh dilakukan?,” soalnya.

Seorang lagi pengguna, @afzan_mahadi_suzen turut meluahkan rasa sedih melihat keadaan penduduk yang terpaksa berdepan kejadian sama berulang kali.

“Ya Allah, kesiannya. Tolonglah buat sesuatu, kerajaan. Tidak sampai hati tengok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] November baru 11 hari, Kampung Melayu Subang ‘tenggelam’ kali keempat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved