[VIDEO] Padah gelar bekas madu pelacur, TikToker jual laksa didenda RM4,500

25 Oct 2026 • 12:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] Padah gelar bekas madu pelacur, TikToker jual laksa didenda RM4,500
Image from: [VIDEO] Padah gelar bekas madu pelacur, TikToker jual laksa didenda RM4,500
TikToker yang juga penjual laksa (dua dari kanan) didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Ahad selepas mengaku bersalah mengaibkan kehormatan wanita menerusi WhatsApp. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU - Seorang TikToker yang juga penjual laksa didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Ahad selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menggelarnya pelacur menerusi aplikasi WhatsApp pada 1 November tahun lalu.

Tertuduh, Nur Hazwani Mustapha, 39, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Vinoshen Raveentharan.

**media[3688776]**

Mengikut pertuduhan, penjual laksa itu didakwa menggunakan perkataan yang bertujuan mengaibkan kehormatan bekas madunya, Nur Faezah Sohaimi, 33, menerusi aplikasi WhatsApp dengan menyifatkan mangsa sebagai pelacur.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 11.30 pagi, 1 November 2025, di Kampung Dusun Muda di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Baihaqi Mohd Saidi sementara tertuduh diwakili peguam, Muhammad Husni Mubarak Ghazali

Muhammad Husni dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman ke atas anak guamnya atas alasan wanita terbabit merupakan ibu tunggal yang mempunyai empat anak berusia antara enam hingga 17 tahun.

Katanya, tertuduh hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM50 sehari hasil perniagaannya menjual laksa.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM4,500.

Tertuduh kemudian membayar wang jaminan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved