[VIDEO] 'Pas dan BN terus berunding, belum muktamad' - Abdul Hadi

LocalPolitics
4 Sep 2026 • 12:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] 'Pas dan BN terus berunding, belum muktamad' - Abdul Hadi
Image from: [VIDEO] 'Pas dan BN terus berunding, belum muktamad' - Abdul Hadi
Abdul Hadi

KOTA BHARU - Rundingan antara Pas dan Barisan Nasional (BN) terus berlangsung dan masih belum dimuktamadkan kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, Pas sentiasa membuka ruang perbincangan dengan mana-mana pihak bagi mencari penyelesaian terhadap kemelut politik yang berlaku.

"Sentiasa untuk dirundingkan, termasuk dalam kalangan parti-parti yang mempunyai kekuatan sokongan Melayu," katanya semasa sidang akhbar Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat

Beliau mengulas mengenai perkembangan hubungan pimpinan Pas dengan Pakatan Harapan (PH) serta kemungkinan kerjasama dengan BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ditanya mengenai peluang kerjasama antara Pas dan BN susulan pendirian BN yang turut terbuka untuk bekerjasama, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak berkenaan.

"Itu terpulang pada dialah. Kita, kita-kitalah. Kita... kita," katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi memberitahu, rundingan berkaitan kerjasama politik masih berada dalam proses dan belum mencapai keputusan muktamad.

Beliau turut mengesahkan rundingan antara Perikatan Nasional (PN) dan BN telah dimulakan dan menunjukkan perkembangan positif, termasuk mengambil kira pengalaman kerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved