![Image from: [VIDEO] Pasangan berkasar dengan anak berebut kereta sorong dikecam](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-11.10.38-AM-1024x538.jpeg)
PETALING JAYA – Tindakan sepasang ibu bapa yang bertindak kasar terhadap anak mereka hanya kerana berebut untuk duduk di dalam kereta sorong mengundang kecaman orang ramai
Menerusi video yang tular di Threads, pasangan berkenaan dilihat bertindak kasar terhadap salah seorang anak mereka sehingga mencetuskan kemarahan netizen yang menyifatkan tindakan sedemikian sebagai keterlaluan.
“Kalau marah janganlah sampai naik kaki. Besar sangat ke kesalahan anak itu sampai diperlakukan begitu?” tulis hantaran tersebut.
Bagaimanapun, identiti pasangan terbabit serta lokasi dan tarikh sebenar kejadian belum dapat dipastikan.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna meluahkan rasa geram dan mempersoalkan kewajaran ibu bapa berkenaan bertindak sedemikian terhadap anak-anak hanya disebabkan perkara yang dianggap remeh.
“Entahlah bila tengok balik , kesian dekat anak tapi itulah.. tak tahulah kot anak terlajak aktif ke apa, mak ayah muda, hilang sabar mungkin,” kata Siti Nazurah.
“Kesian dia, faham emosi kalau anak nakal sangat. Tapi janganlah dua-dua emosi, kesian anak mesti rasa terpinggir. Sekurang-kurangnya seorang cakaplah dengan nada elok,” kata Eima Hani.
“Aku anak empat orang tak pernah macam tu sekali kalau marah. Paling kuat pun aku jeling semua dia terus,” kata Jeffri. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Pasangan berkasar dengan anak berebut kereta sorong dikecam appeared first on Kosmo Online.






