Tugas menjaga dan mendidik anak bukanlah mudah namun itu bukanlah alasan buat mereka yang bergelar ibu bapa untuk memberi layanan yang tidak sepatutnya kepada si kecil.
Si Ibu Mula Marah Anak Selepas Si Kecil Berebut Duduk Di Stroller Dengan Adik
Semalam (20 Oktober), tular di media sosial rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan perbuatan kasar sepasang suami isteri terhadap dua orang kanak-kanak yang dipercayai anak mereka.
Menerusi video yang dikongsikan di Threads, kelihatan pasangan berkenaan bersama kedua-dua kanak-kanak terbabit sedang berjalan dan menunggu di hadapan pintu lif.
Salah seorang daripada kanak-kanak terbabit kemudiannya dilihat pergi ke kereta sorong yang diduduki oleh adiknya sebelum dipercayai menolak turun adiknya lalu duduk di stroller terbabit.
Apa yang menjadi perhatian adalah si ibu mula memarahi si abang gara-gara tindakannya yang terus duduk di stroller sebelum terus masuk ke dalam lif.
Si Suami Terus Tendang Stroller, Si Ibu Terus Marah Si Anak Siap Tolak Stroller Di Hadapan Orang Lain
Lebih mengejutkan, sebaik memasuki lif, si bapa terus menendang stroller yang diduduki oleh anaknya itu dan berterusan memarahi kanak-kanak berkenaan.
Lebih menyedihkan, kanak-kanak terbabit turut diturunkan dari kereta sorong secara paksa oleh ibunya sehingga si kecil itu dilihat menangis ketakutan.
Malah, wanita terbabit dilihat berterusan memarahi malah ‘menyentuh’ kanak-kanak berkenaan meskipun ada orang lain masuk ke dalam lif berkenaan.
Bukan itu sahaja, dia juga turut dilihat menolak stroller dipercayai dituju kepada anaknya itu malah menolak kepala si abang menggunakan tangan.
“Seriously? Disebabkan anak kau berebut nak duduk dalam stroller je kau buat macam tu? Ibu bapa jenis apa ni? Mak bapak sama naik dua dua api,” tulis pengguna berkenaan.
Berdasarkan butiran pada rakaman video berkenaan, kejadian dipercayai berlaku pada 20 Oktober jam 11.07 pagi.
Berdasarkan suara individu pada rakaman video terbabit, wanita berkenaan didakwa berasal dari negara jiran.
View on Threads
Ramai Geram Dengan Tindakan Ibu Bapa Kasari Anak
Perkongsian yang telah mendapat lebih 953,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang marah malah mengecam tindakan pasangan suami isteri itu yang dilihat bertindak kasar malah dianggap keterlaluan kepada anak mereka yang masih kecil.
Malah, ada yang menzahirkan rasa sedih dan kasihan sebaik melihat reaksi kanak-kanak terbabit kesedihan ketika dimarahi oleh kedua ibu bapanya itu.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mahu pihak berkaitan khususnya Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) mengambil tindakan terhadap kedua-dua pasangan terbabit atas layanan mereka terhadap si kecil.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Anak Pertama Biasanya Jadi Mangsa Bila Anak Si Kecil Berebut Nakkan Sesuatu. Kesian Yang Sulung Tu. Sedih Pula Tengok”

“Ini Contoh Orang Lain Ada Anak, Kau Nak Anak, Orang Lain Anak Ramai, Kau Nak Anak Ramai, Tak Sedar Kemampuan Emosi Diri”

“JKM Tolong Siasat. Ini Ada Emak Bapa Tantrum Bukan Anak, Dekat Rumah Macam Mana La Ye”

“Ya Allah, Jadikanlah Aku & Suamiku Ibu Bapa Yang Penyabar, Amin”

“Pergi Holiday Nak Happy Dengan Family. Jangan La Bawa Sekali Baran Tu, Kesian Anak Dapat Ibu Bapa Macam Ini. Trauma Sampai Ke Besar Tu Nanti”

Baca Artikel Berkaitan: Konon Untuk Mengajar, Lelaki Tendang Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Kerana Didakwa Mencuri [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dera Kanak-kanak 3 Tahun Sampai Mati, Siap Paksa Makan Najis Dipenjara 8 Tahun 6 Bulan Selepas Mengaku Bersalah

![[VIDEO] Pasangan berkasar dengan anak berebut kereta sorong dikecam](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-11.10.38-AM-1024x538.jpeg)
![[VIDEO] ‘Heret, bawa pergi balai budak ni’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/curi-klang-1024x768.jpeg)
![[VIDEO] ‘Nak pergi mengaji pun tak aman, bersepah anjing liar’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-13-at-11.55.06-1024x768.jpeg)
![[VIDEO] ‘Macam nak roboh hang ketuk pintu rumah aku’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-02-at-8.29.15-PM-1024x568.jpeg)
![“Kan Dia Tengah Kemas?” – Lelaki Tendang Meja Di Gerai Warga Asing Yang Didakwa Berniaga Secara Haram Cetus Perdebatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/gerai-jualan-peniaga-warga-asing-ditendang_netizen_8.jpg?t=1790317235)