[VIDEO] ‘Pasta, fish and chips’ makanan kegemaran Kimi, Russell di Singapura

SportsFood
8 Oct 2026 • 9:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Pasta, fish and chips’ makanan kegemaran Kimi, Russell di Singapura

PETALING JAYA – Dua pelumba pasukan Mercedes Formula Satu (F1), Andrea Kimi Antonelli dan George Russell mencuri perhatian pengguna media sosial selepas memberikan jawapan tidak disangka-sangka ketika ditanya mengenai makanan kegemaran mereka di Singapura.

Menerusi satu klip yang tular di Threads, kedua-dua pelumba itu diajukan soalan oleh pengacara mengenai makanan yang paling mereka gemari untuk dinikmati ketika berada di republik berkenaan.

Bagaimanapun, Kimi yang berasal dari Itali dengan selamba menjawab ‘pasta’ manakala Russell yang merupakan pelumba Britain pula memilih ‘fish and chips’.

Jawapan itu mengundang gelak tawa kerana kedua-duanya dilihat secara tidak sengaja memilih hidangan yang cukup sinonim dengan negara asal masing-masing, bukannya makanan tempatan Singapura.

Perkongsian berkenaan meraih lebih 88,000 tontonan dan ribuan tanda suka dengan rata-rata netizen Malaysia terhibur melihat gelagat kedua-dua pelumba tersebut.

“Kimi muka macam tengah fikir apa makanan Singapura nak jawab, sekali adiknya dengan selamba jawab ‘pasta’. Terus Russell macam, okey aku pun nak ‘fish and chips’,” seloroh seorang pengguna.

“Dekat Kuala Lumpur hari itu pandai pula cari roti canai. Singapura tak ajar makan sup daging merah, murtabak sultan, sambal goreng pengantin ke?” usik pengguna lain.

Tidak kurang juga yang mengaitkan gelagat mereka ketika berada di Malaysia sebelum ini apabila kedua-duanya dilihat lebih ‘lokal’ dalam memilih makanan dan aktiviti.

“Sopan betul dua orang ini dekat Singapura, macam bosan pun ada. Kimi rindu nak pergi SplashMania, Russell rindu nak pergi Langkawi,” tulis seorang pengguna Threads secara berseloroh.– KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Pasta, fish and chips’ makanan kegemaran Kimi, Russell di Singapura appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved