[VIDEO] Macam mana Bottas kayuh basikal lalu ladang sawit ke Singapura?

6 Oct 2026 • 2:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Macam mana Bottas kayuh basikal lalu ladang sawit ke Singapura?

PETALING JAYA –  Pemandu Pasukan Formula Satu (F1) Cadillac , Valtteri Bottas mencuri perhatian orang ramai apabila memilih untuk berbasikal lebih 300 kilometer dari Sepang bagi meneruskan perjalanan ke Singapura.

Keputusan itu dilakukan pelumba berusia 37 tahun dari Finland berkenaan selepas selesai beraksi di Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada malam Ahad lalu.

Malah, Bottas turut berkongsi gambar dan video di media sosial pengalaman meredah laluan laluan yang gelap dan sunyi pada waktu malam termasuk merentas ladang kelapa sawit untuk tiba di lokasi yang dituju.

Perkongsiannya itu meraih pelbagai reaksi orang ramai seluruh negara yang teruja dengan semangat pelumba F1 berkenaan.

“Kayuh basikal lalu deretan pokok sawit memang sangat mengujakan. Mana tahu, bila-bila masa boleh kena ‘jumpscare’ (kejutan). Hebat Abe Bottas,” ujar @Madihahkhairil.

“Dia sangat kuat dan mempunyai stamina yang kuat,” komen @Lily.gan.54.

“Dia tak takut ke? Sebagai orang Malaysia, saya sendiri takut nak berbasikal di kawasan pokok sawit pada waktu malam,” tambah pengguna yang lain.

Di ruangan komen media sosial Cadillac, ada yang menyatakan Bottas mengayuh basikal menggunakan jalan ‘kampung’ ke Singapura dengan menggunakan pemandu arah warga tempatan. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Valtteri Bottas (@valtteribottas)

The post [VIDEO] Macam mana Bottas kayuh basikal lalu ladang sawit ke Singapura? appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved