(VIDEO) Pemandu Dirakam Pandu Bas Sambil Riba Wanita, Penumpang Tegur Namun Diherdik

LocalPolitics
13 Apr 2026 • 11:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tular satu rakaman video memaparkan seorang pemandu bas ekspres didakwa memandu dalam keadaan berbahaya apabila meriba seorang wanita ketika kenderaan itu sedang bergerak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Larkin Sentral.

Video berdurasi sembilan saat itu mengundang kecaman ramai apabila tindakan pemandu berkenaan disifatkan bukan sahaja tidak profesional, malah boleh membahayakan keselamatan penumpang dalam bas tersebut.

Advertisement

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di media sosial, kejadian dipercayai berlaku ketika bas berada di lebuh raya antara kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban hingga ke R&R Kulai sekitar pukul 2 petang semalam, waktu yang lazimnya melibatkan jumlah penumpang yang ramai.

Rakaman itu menunjukkan seorang wanita duduk di atas riba pemandu ketika bas sedang bergerak laju, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan serta disiplin individu terbabit.

Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan dan rasa tidak puas hati, malah ada yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai ‘tidak masuk akal’ dan berpotensi mengundang tragedi sekiranya berlaku kecemasan.

pemandu bas riba

Orang ramai turut menggesa pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) supaya menjalankan siasatan segera terhadap insiden berkenaan.

Selain itu, ada juga yang meminta pihak syarikat bas tampil memberikan penjelasan serta mengambil tindakan tegas terhadap pemandu terbabit sekiranya dakwaan tersebut terbukti benar.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa mahupun syarikat bas berhubung kejadian tular itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita diintip2026-04-10 15:53:50

"Berulang Kali Dia Cuba Buka Pintu" - Wanita Kongsi Pengalaman Menakutkan Diintip Lelaki Ketika Dalam Kereta

The post (VIDEO) Pemandu Dirakam Pandu Bas Sambil Riba Wanita, Penumpang Tegur Namun Diherdik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article