Video Penguat Kuasa Kedah Tular, Operasi Sewa Atas Sewa Di RPA Flat Setia Jaya Raih Perhatian

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 5:37 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Video Penguat Kuasa Kedah Tular, Operasi Sewa Atas Sewa Di RPA Flat Setia Jaya Raih Perhatian

ALOR SETAR — Sebuah video operasi penguatkuasaan Bahagian Perumahan Negeri Kedah di RPA Flat Setia Jaya mencuri perhatian ramai apabila gaya suntingannya yang bersahaja dan diselitkan elemen humor menjadi tular di media sosial.

Video yang dimuat naik di akaun rasmi Bahagian Perumahan SUK Negeri Kedah itu memaparkan pasukan penguat kuasa menjalankan pemantauan susulan aduan mengenai kegiatan sewa atas sewa melibatkan sebuah unit perumahan awam di Flat Setia Jaya.

Aduan Disahkan Benar, Notis Dikeluarkan

Menurut kenyataan rasmi, hasil pemeriksaan mendapati aduan tersebut adalah benar apabila unit berkenaan didapati disewakan kepada warga asing.

Sehubungan itu, notis telah dikeluarkan kepada penghuni terbabit supaya mengosongkan rumah tersebut dengan segera.

Bahagian Perumahan Negeri Kedah turut memaklumkan tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik rumah yang menyewakan unit RPA kepada pihak lain tanpa kebenaran, termasuk kepada warga asing, kerana ia bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan.

Pihak berkuasa berkata pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan rumah RPA hanya diduduki oleh pemohon yang layak serta tidak disalahgunakan untuk tujuan sewa atas sewa.

Di ruangan komen, ramai netizen bukan sahaja menyokong tindakan penguat kuasa, malah memuji kreativiti editor video yang menyelitkan meme, kesan bunyi dan elemen komedi sehingga membuatkan ramai menganggap ia antara video penguatkuasaan paling menghiburkan pernah mereka tonton. – The Malaysian Update

 

The post Video Penguat Kuasa Kedah Tular, Operasi Sewa Atas Sewa Di RPA Flat Setia Jaya Raih Perhatian appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved