Tular Video Lelaki Didakwa Curi Tabung Derma Dalam Kedai Raih Perhatian Ramai

22 Sep 2026 • 4:57 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui tindakan mencuri bukan sahaja salah dari sudut agama malah ia juga merupakan salah satu jenayah dan salah di sisi undang-undang.

Tular video lelaki didakwa curi dipercayai tabung sumbangan di kedai

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa mencuri tabung derma dipercayai di sebuah kedai.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup yang dikongsikan di Facebook, awalnya kelihatan lelaki memakai baju jersi corak belang berwarna merah hitam itu berdiri di hadapan kaunter bersama seorang wanita.

Ambil dan sorokkan belakang badan sebelum masukkan dalam baju untuk elak disedari

Turut kelihatan sebuah tabung berwarna merah yang didakwa tabung derma berada di atas kaunter berkenaan. Ketika lelaki memakai jersi itu bergerak ke hadapan dia dilihat segera mengambil tabung berkenaan dan menyorokkan di belakang badan.

Manakala individu yang dipercayai pekerja kedai yang beraada di kaunter sama dilihat seperti sedang memberikan penjelasan dan tidak menyedari perbuatan lelaki tersebut.

Sebaik menyorokkan tabung itu di belakangnya, lelaki terbabit turut dilihat memasukkan tabung berkenaan ke dalam bajunya.

Siap alihkan tabung ke depan ketika jalan dalam kedai sebelum beredar

Dia kemudian berjalan-jalan sambil mengalihkan tabung terbabit dari belakang ke bahagian depan baju sebelum mengangkat seorang kanak-kanak dan keluar dari kedai itu.

Manakala wanita yang memakai baju belang hitam putih dilihat seperti sedang menulis di satu kertas seperti borang atau resit.

Dalam video dikongsikan dipercayai insiden terbabit berlaku jam 11.36 pagi pada 20 September yang lalu.

Video sama turut tular di Threads apabila dikongsikan semula oleh pengguna platform terbabit.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di manakah insiden ini berlaku atau maklumat lanjut mengenainya.

Image from: Tular Video Lelaki Didakwa Curi Tabung Derma Dalam Kedai Raih Perhatian Ramai
Image from: Tular Video Lelaki Didakwa Curi Tabung Derma Dalam Kedai Raih Perhatian Ramai

Ramai kecam tindakan lelaki didakwa curi tabung derma

Melihat di ruangan komen ramai yang mengkritik tindakan lelaki berkenaan yang didakwa mencuri tabung tersebut.

Ada juga yang menyifatkan bahawa ia perbuatan yang tidak baik selain tidak berkat kerana duit daripada sumber haram iaitu menerusi perbuatan mencuri.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan lelaki terbabit tergamak melakukan perkara itu ketika bersama isteri dan anak kecil.

“Memang pasangan yang ‘secocok’ tapi sayangnya, secocok pada perkara yang salah”

Image from: Tular Video Lelaki Didakwa Curi Tabung Derma Dalam Kedai Raih Perhatian Ramai

“Malu, nanti anak sekolah mesti kena buli, anak pencuri. Video dekat internet, kekal sampai bila-bila”

Image from: Tular Video Lelaki Didakwa Curi Tabung Derma Dalam Kedai Raih Perhatian Ramai

“Nanti anak besar kau jangan bantai pula kalau dia panjang tangan”

Image from: Tular Video Lelaki Didakwa Curi Tabung Derma Dalam Kedai Raih Perhatian Ramai
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved