Beg Christy Ng Jadi ‘Mangsa’ Power Bank Meletup, Wanita Ini Buat Pilihan Tak Disangka!

24 Sep 2026 • 1:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang wanita di Indonesia berdepan detik cemas apabila power bank yang dibawanya tiba-tiba meletup ketika berada di dalam beg keluaran Christy Ng.

Video tersebut turut mendapat perhatian pengasas jenama berkenaan, Christy Ng, yang mengakui pihaknya terkejut selepas melihat kejadian tersebut.

Advertisement

Menurut Christy, pasukannya di Indonesia segera menghubungi wanita berkenaan kerana bimbang akan keadaan dan keselamatannya.

View this post on Instagram

“Pasukan kami di Indonesia berjaya menghubungi dia dan syukurlah, dia selamat dan berada dalam keadaan baik,” kongsinya.

Susulan kejadian itu, pihak Christy Ng menjemput wanita berkenaan ke butik mereka untuk menggantikan beg yang rosak akibat letupan power bank tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatian Christy adalah wanita berkenaan tetap memilih beg yang sama seperti yang digunakannya ketika kejadian.

“Tapi akhirnya, dia tetap pilih beg yang sama seperti yang dia gunakan dalam video tersebut iaitu beg Russo yang sama.

“Dia beritahu kami beg baharu itu akan diberikan kepada adik perempuannya untuk digunakan ketika belajar di universiti. Ia mungkin satu perkara kecil, tetapi sangat bermakna buat kami,” tambahnya.

Dalam pada itu, Christy meluahkan rasa syukur kerana beg tersebut sedikit sebanyak dapat memberikan perlindungan dan keselesaan kepada wanita berkenaan ketika berdepan kejadian terbabit.

View this post on Instagram

“Kami bersyukur beg itu dapat memberikan sedikit perlindungan dan sedikit rasa selesa kepadanya ketika melalui kejadian yang begitu menakutkan.

“Tapi lebih daripada segala-galanya, kami cuma gembira kerana dia selamat, tidak mengalami kecederaan dan berada dalam keadaan baik.

Christy pada masa sama mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan memeriksa keadaan power bank, peranti elektronik, pengecas serta barangan yang digunakan setiap hari.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

j2026-09-17 11:03:33

Christy Ng Lancar Koleksi Eksklusif ‘KUDRAT 1968’, Gabung Fesyen & Dunia High Council

The post Beg Christy Ng Jadi ‘Mangsa’ Power Bank Meletup, Wanita Ini Buat Pilihan Tak Disangka! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved