![Image from: [VIDEO] Penyamun ‘hoodie’ biru terkejut dengar jeritan penghuni](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-06-at-20.02.03-1024x576.jpeg)
AMPANG JAYA – Cubaan seorang lelaki memecah masuk sebuah rumah di Jalan N3, Taman Melawati gagal apabila tindakannya disedari penghuni kediaman terbabit, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, penghuni rumah yang berada di tingkat atas dikejutkan dengan bunyi penggera keselamatan sebelum turun ke tingkat bawah untuk membuat pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, penghuni kemudian mendapati seorang lelaki tidak dikenali sedang cuba mengumpil mangga pada pintu di bahagian tepi rumah.
“Suspek melarikan diri selepas penghuni menjerit meminta pertolongan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai seorang lelaki yang memakai ‘hoodie’ (baju berhud) berwarna biru serta pelitup muka.
“Suspek dikesan memasuki kawasan rumah dengan memanjat pagar sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta jenjs Perodua Myvi berwarna ungu yang menggunakan nombor pendaftaran palsu,” ujarnya.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan rumah. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Penyamun ‘hoodie’ biru terkejut dengar jeritan penghuni appeared first on Kosmo Digital.


